ICTL SMK DATO' BIJI WANGSA

Makmal Komputer

Makmal Komputer
Makmal 1
Selamat datang ke SMK Dato' Biji Wangsa. Mata pelajaran ICTL baru diperkenalkan pada tahun 2008. Semua tingkatan 1 dan 2 mengambil subjek ini. Seramai 5 orang guru dipertanggungjawabkan.

Sunday, October 26, 2008

Khidmat Komuniti Anjuran Maxis


Pihak Maxis telah menganjurkan khidmat komuniti dalam ICT di sekolah dari 19/10/2008 hingga 29/10/2008. Pelajar yang terlibat ialah tingkatan 1, 2, 4 dan 6 bawah.

Friday, October 17, 2008

Persatuan ICT

Persatuan ICT telah menjalankan aktiviti Kokurikulum sebanyak 12 kali dengan jayanya. Para pelajar telah mempelajari cara untuk edit gambar, menyiapkan brochure, dan mempersembahkan slide mata pelajaran. Persatuan telah memenangi tempat kedua dalam peraduan kuiz pelancongan yang telah diadakan oleh Kelab Pelancongan. Manakala bagi pengurusan pula, persatuan ICT memenangi Buku Pengurusan Persatuan Terbaik.

Kursus Komputer Anjuran MAXIS


Seramai 100 orang pelajar mengikuti kursus komputer yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Kursus tersebut dijalankan di makmal komputer SMKDBW.

Saturday, July 5, 2008

Computer Evolution

Friday, June 27, 2008

Hari Koperasi Sekolah

Hari Kopersi sekolah diadakan pada hari khamis, 26 Jun 2008. Sempena hari koperasi, setiap persatuan dan kelab mempamerkan hasil aktiviti pelajar-pelajar. Manakala koperasi menjual pelbagai juadah seperti kuih, nasi dan minuman. Hasil kraftangan dan pakaian turut dijual.
Kereta dan Bas Unit Bomba disediakan untuk tontonan pelajar, guru dan ibubapa.
Informasi kerjaya dari Jabatan-jabatan turut ambil bahagian.

SPBT SMKDBW Wakil Peringkat Negeri Kelantan

SPBT SMK Dato' Biji Wangsa akan mewakili Negeri Kelantan ke Peringkat Kebangsaan. Usaha kearah memperkasakan SPBT sekolah sedang berjalan. SPBT mempunyai blognya sendiri. Sila lawati bosssmkdbw.blogspot.com. Semoga SPBT SMKDBW beroleh kejayaan yang gemilang. Amin...

Monday, June 16, 2008

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semua pelajar sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun selepas cuti pertengahan penggal. Peperiksaan berakhir pada 12 hb Jun bagi menengah rendah dan 29hb Jun bagi menengah atas. Semuga pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.