ICTL SMK DATO' BIJI WANGSA

Makmal Komputer

Makmal Komputer
Makmal 1
Selamat datang ke SMK Dato' Biji Wangsa. Mata pelajaran ICTL baru diperkenalkan pada tahun 2008. Semua tingkatan 1 dan 2 mengambil subjek ini. Seramai 5 orang guru dipertanggungjawabkan.

Thursday, May 29, 2008

Bengkel Semasa Cuti

Bengkel bagi pelajar PMR, SPM dan STPM diadakan semasa cuti pertengahan penggal selama 3 hari iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis minggu pertama. Kehadiran agak sederhana. Bengkel berjalan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Majlis Persaraan Guru Kanan Sains Sosial

Tarikh : 22/05/08
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sri wangsa

Majlis persaraan Guru Kanan Sains Sosial, Pn Hjh Saniah Bt Ismail diadakan pada 22/5/08. Majlis diadakan selepas sambutan Hari Guru. Pn Saniah menandatangani Buku Persaraan pada hari tersebut. Pemberian hadiah oleh para guru dan pelajar. Majlis diakhiri dengan para pelajar bersalaman dengan Pn Hjh Saniah sebelum bertolak pulang. Semuga Pn Hjh Saniah bergembira bersama keluarga.

Sambutan Hari Guru

Tarikh : 22/05/08
Masa : 7.45 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Wangsa

Hari Guru SMK Dato' Biji Wangsa disambut pada 22/5/08 dengan meriahnya. Urus Setia pada hari itu dilaksanakan oleh Pertina. Acara dimulakan dengan perarakan masuk para guru dengan diiringi pasukan bunga manggar dan payung berhias. Persembahan oleh para pelajar dalam bentuk syair, seloka, nasyid dan dikir barat. Guru juga mempersembahkan bakat masing-masing dalam mendeklamasikan sajak. Nyanyian lagu " Guru Malaysia" berkumandang di dewan Sri Wangsa dialunkan oleh para guru. Acara diakhiri dengan pemberian hadiah oleh para pelajar kepada guru.

Seminar Bijak Belajar

Tarikh : 5, 6, 7 Mei 2008
Masa : 7.45 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Sri Wangsa
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4

Unit UKA Pra PMR dan Pra SPM menganjurkan Seminar Motivasi dan Strategi Bijak Belajar sebagai pengukuhan menghadapi peperiksaan akhir 2008 dan persediaan awal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Wednesday, May 21, 2008

Aktiviti ICTL


Pelajar sedang menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 terlibat dalam ICTL. Aktiviti diselangseli antara teori dan praktikal. Semua pelajar seronok belajar menggunakan komputer.