ICTL SMK DATO' BIJI WANGSA

Makmal Komputer

Makmal Komputer
Makmal 1
Selamat datang ke SMK Dato' Biji Wangsa. Mata pelajaran ICTL baru diperkenalkan pada tahun 2008. Semua tingkatan 1 dan 2 mengambil subjek ini. Seramai 5 orang guru dipertanggungjawabkan.

Sunday, October 26, 2008

Khidmat Komuniti Anjuran Maxis


Pihak Maxis telah menganjurkan khidmat komuniti dalam ICT di sekolah dari 19/10/2008 hingga 29/10/2008. Pelajar yang terlibat ialah tingkatan 1, 2, 4 dan 6 bawah.

Friday, October 17, 2008

Persatuan ICT

Persatuan ICT telah menjalankan aktiviti Kokurikulum sebanyak 12 kali dengan jayanya. Para pelajar telah mempelajari cara untuk edit gambar, menyiapkan brochure, dan mempersembahkan slide mata pelajaran. Persatuan telah memenangi tempat kedua dalam peraduan kuiz pelancongan yang telah diadakan oleh Kelab Pelancongan. Manakala bagi pengurusan pula, persatuan ICT memenangi Buku Pengurusan Persatuan Terbaik.

Kursus Komputer Anjuran MAXIS


Seramai 100 orang pelajar mengikuti kursus komputer yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Kursus tersebut dijalankan di makmal komputer SMKDBW.